-
DEFINISI:
- Nota ialah benda yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Nota menjadi bahan rujukan, apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta.Mencatat nota juga merupakan satu seni.
- Sebab perlu mengambil nota :
- 1. Semasa membuat nota, anda berfikir secara kritis, analitik dan kreatif untuk memilih fakta yang berkaitan sahaja.
- 2. Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa-apa yang telah dipelajari atau apa-apa yang kita baca.
- 3. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila masa atau apabila terlupa.
- 4. Membuat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan
- 5. Pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari
- 6. Boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan.
- Perkara penting ketika mengambil nota yang efektif :
- 1 Mengetahui idea utama.
- 2 Mengenalpasti maklumat yang sesuai untuk ditulis.
- 3 Menggunakan cara yang sesuai seperti "Outline note" atau "column note".
- 4 Menggunakan cara menulis nota bentuk grafik.
- 5 Menggunakan perkataan sendiri.
- 6 Mencatat sumber maklumat diperoleh.
- CARA-CARA MEMBUAT NOTA
- 1) ANOTASI
- - Anotasi ialah nota atau catatan tambahan yang menerangkan sesuatu dalam teks.
- - Panduan menggunaka anotasi :
- a) Baca dahulu sebelum membuat anotasi.
- * Membaca teks sekali pintas dengan menanda info penting dengan menggunakan
- "highlighter".
- b) Guna perkataan sendiri
- * Mengupas idea penting dalam teks,
- * Menjejak perkembangan idea atau hujah yang terkandung di dalam teks.
- * Membuat perkaitan antara konsep seperti sebab dan akibat, perbezaan-
- persamaan, hierarki, hubung kait dan sebagainya.
- c) Interaksi minda dan rekod visual
2) NOTA RINGKASAN ( OUTLINE NOTES)
- Nota ringkasan merujuk cara untuk mengorganisasikan idea dan maklumat sebagai
penyediaan ucapan umum, penulisan esei, novel atau panduan ulangkaji berdasarkan
nota kuliah atau teks.
penyediaan ucapan umum, penulisan esei, novel atau panduan ulangkaji berdasarkan
nota kuliah atau teks.
- Ditulis dengan mengasingkan kandungan teks mengikut turutan untuk mengenal pasti idea
3) NOTA LAJUR
- Merupakan nota yang ditulis dalam bentuk dua lajur iaitu kiri dan kanan.
- Lajur kiri ialah idea utama manakala lajur kanan ialah penerangan kepada tajuk.
4) NOTA RUMUSAN
- Untuk memberikan gambaran yang jelas kepada pembaca tentang kandungan utama dalam
teks asal.
- Kependekan rumusan membantu peajar untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dan
menjimatkan masa.
- Ciri-ciri rumusan yang berkesan
a) Memudahkan pembaca mengenal pasti maklumat yang paing penting.
b) Boleh berdiri sendiri kerana rumusan merupakan intipati daripada sumber dokumen
yang asal.
c) Rumusan kekal dengan makna yang asal.
d) Elak daripada menambah komen seperti, " Penulis ini tidak menunjukkan...", " Laporan
itu seolah-olah menyarankan....." , "Cadangan penting...".
contoh nota rumusan
No comments:
Post a Comment